Latar Belakang

Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah ialah sebuah Maahad Tahfiz yang menawarkan pengajian tahfiz Al-Quran dan kemahiran yang telah ditubuhkan pada tahun 12 Januari 2015 di Kg. Sungai Tapah, Manjoi, Ipoh.

Ianya diasaskan demi mencapai cita-cita untuk melahirkan pelajar yang memahami Al-Quran dan menghayati isi kandungannya sesuai dengan petunjuk Allah dan rasul.

Bermula tahun 2021, Maahad Tahfiz Bayt Az- Zakiah telah berpindah operasi ke Bandar Meru raya, Ipoh seiring dengan pertambahan bilangan pelajar dan pembukaan sayap pengajian baru iaitu Tahfiz Perempuan.

Bayt Zakiyah (BTZ) melaksanakan sistem pendidikan bersepadu (Tahfiz + Akademik + Subjek Deeniyah + Kemahiran) serta tarbiyah pembinaan karekter Muslim bagi menjayakan misi dan visi Bayt Zakiyah sebagai pusat Al- Quran, Adab dan Kemahiran.

Pengurusan

DR. ARIZA MOHAMED

(ASCT. PROF /CONSULTANT O&G/ SOCIAL ACTIVIST)

HJ. ABDUL HALIM

(EX-BANKER/ NGO ACTIVIST)

EMRAN AHMAD

(USTAZ / ISLAMIC ACTIVIST)

MISI

Untuk melahirkan pelajar yang berjaya memahami ayat-ayat Al-Quran serta mengikuti Sunnah Nabi dalam kehidupan.

VISI

Untuk Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak dan berilmu.

Moto

“Al-Quran, Adab, Kemahiran.”

Falsafah

Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah

Mendidik fitrah insan menuju penghambaan dan pengabdian kepada Maha Pencipta.

Mengesakan Allah dengan Tauhid Ibadah supaya menjadi tujuan kehidupan.

Membebaskan diri daripada sifat mazmumah menuju jiwa yang salim.

Mengikut petunjuk Nabi SAW sebagai peraturan hidup.

Membentuk keperibadian mulia dan adab mahmudah.

Silibus Pengajian

Pengajian DI MTBZ menggunakan silibus campuran antara Kementerian Pendidikan Malaysia (Akademik) dan Silibus Timur Tengah (Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah) serta Tahfiz Bestari.

Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah

Kelas Akademik

Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah

Tahfiz Al-Quran

Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah

Pengajian Islam

berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak (JAIPk)

Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah juga adalah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak (JAIPk) serta tertakluk kepada silibus pengajian agama Islam Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri Perak dan Tahfiz Kerajaan Negeri Perak.

Rekod No. Pendataran ialah JAIPK/TAHFIZ/IP.171/19

Kelas Akademik

Kelas Pengajian akademik dikendalikan oleh guru-guru sekolah Kerajaan dan Swasta yang mengajar berdasarkan sukatan Pendidikan Kebangsaan (KPM) untuk peperiksaan SPM. Subjek yang ditawarkan ialah;

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
 

Tahfiz Al-Quran

Pengajian Tahfiz Al-Quran di MTBZ juga adalah berdasarkan silibus Pengajian yang diiktiraf dan berdaftar dengan PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA (PERMATA).

  • Tahfiz Lelaki
  • Tahfiz Perempuan
 

Pengajian lslam

Maahad Tahfiz bayt Az-Zakiah melaksanakan sistem pengajian Agama berkitab mengikut silibus pengajian Islam di Pondok dan juga sekolah-sekolah Agama Pra- Al-Azhar dan Universiti Islam Timur tengah.

Antara kitab yang dipakai seperti;

  • Matan Abi Syujaq, Fiqh Syafie.
  • Aqidah Tahawiyah
  • Riyadhus Solihin
  • Rahiq Al-Makhtum
  • Fiqh Al-Manhaji
  • Asas Bahasa Arab

Kelas Agama untuk orang awam juga turut diadakan bagi menyebarkan manfaat ilmu dan mempromosikan Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah.