Latar Belakang
Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah ialah sebuah Maahad Tahfiz yang menawarkan pengajian tahfiz Al-Quran dan kemahiran yang telah ditubuhkan pada tahun 12 Januari 2015 di Kg. Sungai Tapah, Manjoi, Ipoh.
Ianya diasaskan demi mencapai cita-cita untuk melahirkan pelajar yang memahami Al-Quran dan menghayati isi kandungannya sesuai dengan petunjuk Allah dan rasul.
Bermula tahun 2021, Maahad Tahfiz Bayt Az- Zakiah telah berpindah operasi ke Bandar Meru raya, Ipoh seiring dengan pertambahan bilangan pelajar dan pembukaan sayap pengajian baru iaitu Tahfiz Perempuan.
Bayt Zakiyah (BTZ) melaksanakan sistem pendidikan bersepadu (Tahfiz + Akademik + Subjek Deeniyah + Kemahiran) serta tarbiyah pembinaan karekter Muslim bagi menjayakan misi dan visi Bayt Zakiyah sebagai pusat Al- Quran, Adab dan Kemahiran.
MISI
Untuk melahirkan pelajar yang berjaya memahami ayat-ayat Al-Quran serta mengikuti Sunnah Nabi dalam kehidupan.
VISI
Untuk Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak dan berilmu.
Moto
“Al-Quran, Adab, Kemahiran.”
Falsafah
Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah
Mendidik fitrah insan menuju penghambaan dan pengabdian kepada Maha Pencipta.
Mengesakan Allah dengan Tauhid Ibadah supaya menjadi tujuan kehidupan.
Membebaskan diri daripada sifat mazmumah menuju jiwa yang salim.
Mengikut petunjuk Nabi SAW sebagai peraturan hidup.
Membentuk keperibadian mulia dan adab mahmudah.
Silibus Pengajian
Pengajian DI MTBZ menggunakan silibus campuran antara Kementerian Pendidikan Malaysia (Akademik) dan Silibus Timur Tengah (Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah) serta Tahfiz Bestari.
berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak (JAIPk)
Maahad Tahfiz Bayt Az-Zakiah juga adalah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak (JAIPk) serta tertakluk kepada silibus pengajian agama Islam Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri Perak dan Tahfiz Kerajaan Negeri Perak.